Skip to main content

Viral

Wanita Tak Serik Kahwin 15 Kali - "Tiada Rahsia Khusus..."

Astro Gempak kahwin15kali

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 46 tahun di Sulawesi Selatan telah berkahwin buat kali ke-15 dengan jejaka berumur 22 tahun.
  • Fina Marfina mempunyai seorang anak berusia 12 tahun hasil perkahwinan ketiganya dan ada bekas suami yang meninggal dunia serta yang bercerai.
  • Pasangan ini berkenalan di tempat kerja dan menerima mas kahwin sebanyak 4 juta rupiah (RM916).

Seorang wanita di Bone, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkahwin buat kali ke-15, lapor laman berita Tribunnews.

Fina Marfina, 46, mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berusia 22 tahun.

Ketika ditemu bual, Fina berkata, ada perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian, namun ada juga bekas suaminya yang meninggal dunia.

“Ya, betul. Ini perkahwinan saya yang ke-15.

“Ada yang berpisah (suami), ada yang meninggal dunia,” katanya.

Sepanjang semua perkahwinannya, Fina mempunyai seorang anak bersama suami ketiganya yang kini berusia 12 tahun.

“Tiada rahsia khusus,” katanya ketika disoal tentang rahsianya berkahwin selama 15 kali.

Sementara itu, Fina berkata, dia dan suami baharunya berkahwin selepas berkenalan di tempat kerja.

“Kenal di tempat kerja dahulu. Dia seorang lelaki bujang,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak 4 juta rupiah (RM916). – AGENSI

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement