Skip to main content

Selebriti

Nampak Sempoi Tapi Ada Tegasnya, Auddra Zulkifli Bongkar Sisi Tegas Sharifah Shahirah - "Kebebasan Itu Ada Tetapi..."

odda

Sekilas

  • Sharifah Shahirah dikenali sebagai ibu yang tegas dan sentiasa memantau anaknya, Auddra Zulkifli, termasuk tidak membenarkan telefon dimatikan.
  • Di rumah, Sharifah memasang CCTV di setiap penjuru untuk memantau pergerakan anak-anak dan orang yang keluar masuk rumah walaupun dia tiada di rumah.
  • Auddra memahami ketegasan ibunya sebagai tanda kasih sayang dan mengakui hari-harinya tidak lengkap tanpa suara dan bebelan ibunya.

Di sebalik ketenangan dan sikap ‘sempoi’ Sharifah Shahirah sebagai seorang ibu, anaknya, Auddra Zulkifli mendedahkan sisi sebenar pelakon dan pengacara itu yang jarang diketahui ramai.

Auddra, atau lebih dikenali sebagai Odda, berkongsi bahawa ibunya seorang yang tegas dalam memastikan keberadaannya dan sentiasa memantau setiap pergerakan.

Katanya, ibunya tidak membenarkan dia meletakkan telefon dalam mod mati dan dia sendiri sering berasa gelisah jika tidak mengangkat panggilan darinya.

“Kebebasan itu memang ada, tapi mak saya ada sisi yang orang luar tak tahu. Dia memang selalu cari saya dan kerap telefon. Mak memang tak bagi saya tutup telefon. Boleh pergi mana-mana, asalkan telefon jangan ‘off’.

"Dalam keluarga, saya saja yang selalu angkat panggilan mak berbanding adik-beradik lain. Kalau saya tak jawab panggilan, saya sendiri jadi takut walaupun sebenarnya saya ada di rumah," katanya kepada Gempak.

Oddah berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran program Ramadan Astro 2026 pada Selasa.

Bukan itu sahaja, Oddah turut mendedahkan bahawa di setiap penjuru rumahnya, ibunya memasang kamera litar pintas atau CCTV bagi memantau orang yang keluar masuk serta sentiasa mengetahui keadaan anak-anaknya.

“Di rumah pula, mak saya memang pantau melalui CCTV di setiap penjuru rumah. Walaupun dia keluar bekerja dan saya ada di rumah, dia tetap boleh tengok melalui kamera.

"Pernah juga kami lepak di dapur, bila saya nak cakap sesuatu, tiba-tiba mak bersuara melalui CCTV suruh saya diam. Dia boleh tahu siapa keluar masuk rumah, kasut siapa di luar, kereta siapa datang, walaupun dia tiada di rumah. Kadang-kadang saya sendiri rasa seram," jelasnya.

Bagaimanapun, Odda menegaskan bahawa ketegasan tersebut tidak memberikan kesan padanya kerana dia memahami bahawa ibunya amat merisaukan dirinya dan turut akui harinya tidak lengkap tanpa mendengar suara atau bebelan daripada ibunya.

“Tapi dalam masa yang sama, saya tak kisah pun dikawal sampai begitu sekali sebab saya tahu mak cuma risaukan saya. Dia sentiasa ada dengan saya. Kalau suatu hari nanti dia tiada, saya rasa saya akan rindu suara dia yang selalu memantau saya itu," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement