Skip to main content

Selebriti

Mawi Tak Tolak Duet Bersama Hadie, Netizen Teruja - "Meletop La Kalau..."

MAWI HADIE

Sekilas

  • Mawi tidak menolak peluang untuk berduet dengan Hadie jika lagu yang sesuai disediakan.
  • Mawi mengajak orang ramai memberi sokongan penuh kepada penyanyi muda itu.
  • Netizen teruja dan menantikan kolaborasi yang dijangka memberi nafas baharu dalam industri seni tanah air.

Penyanyi Mawi tidak menolak peluang untuk menyanyikan lagu duet bersama bekas bintang Talk To My Manager (TTMM), Hadie.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawi dilihat berinteraksi dengan Hadie dalam sebuah majlis di pusat beli-belah.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata jika diberikan olahan lagu yang baik, dia tidak teragak-agak untuk menyanyi bersama.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga itu turut meminta orang ramai untuk memberikan sokongan penuh kepada penyanyi muda itu.

"Selepas ada wartawan tanya sama ada saya mahu berduet dengan Hadie atau tidak, saya jawab kalau ada lagu yang bagus, kita akan terus sahaja. Sokonglah Hadie.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak sabar menantikan hasil kolaborasi kedua penyanyi itu yang dianggap bakal memberi nafas baharu dalam industri seni tanah air.

"Terbaik. Tak tahu kenapa saya rasa sebak. Tuhan dah atur semua.

"Pasti berjaya bila berduet dengan Mawi.

"Wow, akhirnya yang ditunggu. Alhamdulillah, tak sabar.

"Meletop la kalau mereka berduet," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement