Skip to main content

Selebriti

Henry Golding Kunjungi Parlimen Malaysia Curi Tumpuan, Bincang Pembangunan Komuniti Sarawak

WhatsApp Image 2026 04 28 at 12.53.47 AM

Sekilas

  • Pelakon antarabangsa Henry Golding mengadakan kunjungan ke Parlimen Malaysia dan bertemu dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.
  • Perbincangan tertumpu pada cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.
  • Henry Golding turut dibawa melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai usaha merakyatkan Parlimen.

Pelakon antarabangsa, Henry Golding mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengadakan kunjungan ke Parlimen Malaysia bagi sesi perbincangan bersama pihak berkaitan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Parlimen Malaysia, Henry hadir diiringi dan bertemu dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.

"YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini telah menerima kedatangan pelakon dan ikon antarabangsa yang juga merupakan anak Iban kelahiran Betong, Sarawak, Encik Henry Golding,"tulisnya

Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.

"Beberapa perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini, antaranya cadangan untuk diadakan program pembangunan komuniti di kawasan luar bandar di Sarawak.

"Dalam usaha menyuntik elemen merakyatkan Parlimen, En. Henry Golding juga telah dibawa melawat ke dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat," kongsinya

Kunjungan itu menarik perhatian ramai yang teruja melihat kehadiran ikon antarabangsa kelahiran Sarawak tersebut di Parlimen.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement