Skip to main content

Hiburan

Edry Abdul Halim Kini Cecah Usia 50 Tahun, Syukur Masih ‘Tip Top’ Untuk Terus Berkarya - “Tolak Ketepi Kedutan…”

Astro Gempak 412

Sekilas

  • Edry Abd. Halim, komposer dan anggota kumpulan KRU, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 dengan rasa syukur dan masih aktif berkarya.
  • Beliau berkongsi momen bersama rakan artis Tomok yang sedang bercuti di Manchester serta menghargai sokongan peminat sepanjang karier seni.
  • Peminat turut memberikan ucapan selamat ulang tahun di ruangan komen sebagai tanda penghargaan kepada figura muzik tanah air itu.

Komposer dan anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 dalam keadaan masih sihat dan aktif berkarya.

Menerusi perkongsian di Threads, Edry menganggap usia bukan penghalang untuk terus melakukan perkara yang dicintainya.

“Made it to the big 50! Alhamdulillah.

“Tolak ketepi kedutan, rambut beruban dan sendi yang dah mula berbunyi, saya masih dalam keadaan tip top untuk buat apa yang saya suka, dengan orang yang saya sayang dan untuk mereka yang saya sayang,” katanya.

frgf

Dalam masa sama, Edry yang kini bermastautin di Manchester, turut berkongsi momen bersama rakan artis, Tomok yang kebetulan sedang bercuti di sana bersama keluarga.

“Gembira dapat ‘get together’ dengan bro Tomok yang sedang bercuti di Manchester dengan keluarga, dan sepupu saya Johan Lucas di rumah saya di Rochdale,” ujarnya.

Edry dalam pada itu turut menghargai sokongan peminat yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan karier seni.

“Blessed dengan sokongan peminat semua. Terima kasih kepada yang menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen peminat turut sama tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan ucapan ulang tahun kepada figura muzik tanah air itu.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement