Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Kenapa Faezah Elai Amalkan IF Sejak Zaman Anak Dara, Kongsi Berat Badan Terkini - "Kalau Orang Jumpa Saya, Mereka Akan Kata..."

WhatsApp Image 2026 04 28 at 12.53.46 AM

Sekilas

  • Pelakon Faezah Elai berjaya mengekalkan berat badan sekitar 43 kilogram sejak sebelum berkahwin lagi.
  • Dia mengamalkan kaedah Intermittent Fasting (IF) sejak zaman anak dara dan kini sudah terbiasa dengan rutin tersebut.
  • Faezah menekankan pentingnya menjaga kesihatan dan penampilan kerana mempunyai anak serta tuntutan kerjaya sebagai pelakon.

Pelakon Faezah Elai berkongsi bahawa dirinya berjaya mengekalkan berat badan sekitar 43 kilogram sejak sebelum berkahwin lagi.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama penuh Noor Faezah Md Elai berkata dia sudah lama mengamalkan kaedah Intermittent Fasting (IF) dan mengakui pada awalnya agak susah untuk membiasakan diri.

"Berat saya sekarang adalah 43 kilogram. Saya amalkan IF sejak dulu lagi, sejak zaman anak dara.

"Saya sudah terbiasa dengan IF, jadi tidak rasa susah atau terlalu mencabar. Pada awalnya memang agak sukar, tetapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri,"katanya.

Menurutnya, dia menjaga kesihatan dan berat badan kerana mempunyai anak serta tuntutan kerjaya sebagai pelakon.

"Saya ada anak, jadi badan memang perlu sentiasa fit dan sihat. Tambahan pula sebagai pelakon, penampilan di kaca TV biasanya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.

"Sebab itu, realitinya badan perlu lebih kecil. Kalau orang jumpa saya secara berdepan, mereka akan kata saya kecil dan halus, tetapi di TV nampak seperti tiga kali lebih besar,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement