Skip to main content

Selebriti

Hazwani Helmi Tampil Perjelas Isu Telefon, Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai – “Telefon Itu Adalah Pemberian Orang..."

Hazwani

Sekilas

  • Hazwani Helmi jelaskan penggunaan telefon iPhone ketika hadir di ABP37 adalah untuk memudahkan penyuntingan video dan telefon tersebut adalah pemberian orang lain.
  • Dia terbuka untuk mempertimbangkan jenama telefon lain, termasuk jenama tempatan, jika ada alternatif yang lebih baik dan sesuai untuk kerja penyuntingan.
  • Hazwani turut berkongsi pandangan bahawa peranti Android didakwa menyumbang lebih besar kepada Israel berbanding iPhone, namun perkara itu di luar bidang kepakarannya dan boleh dijadikan bahan kajian.

Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil memberikan penjelasan berhubung isu penggunaan telefon bimbit jenama iPhone ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) untuk meraikan kemenangan kakaknya iaitu Heliza Helmi, baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Hazwani menjelaskan bahawa telefon berkenaan merupakan pemberian individu lain dan digunakan bagi memudahkan urusan penyuntingan video.

"Telefon itu adalah pemberian orang. Saya tak sangka isu ini akan jadi besar. Tujuan saya menggunakan jenama itu ialah untuk meraikan kemenangan Heliza serta kelebihan storage yang besar," katanya.

Hazwani turut menegaskan bahawa dia akan mempertimbangkan penggunaan jenama lain, khususnya jenama tempatan sekiranya terdapat alternatif yang lebih baik.

"Saya edit sendiri video saya untuk memudahkan urusan. Kalau ada software yang sebagus ini, pasti saya akan sokong jenama tempatan atau telefon lain," ujarnya.

Dalam masa sama, Hazwani berkongsi pandangannya mengenai dakwaan sumbangan syarikat teknologi kepada Israel dengan menyatakan bahawa peranti Android didakwa menyumbang peratusan yang lebih besar berbanding iPhone.

Menurutnya, perkara tersebut berada di luar bidang kepakarannya, namun boleh dijadikan sebagai bahan kajian dan rujukan.

"Perkara baru yang saya boleh kongsikan ialah android sebenarnya penyumbang terbesar juga pada Israel. iPhone lebih kurang 20 peratus manakala android dalam anggaran 70 peratus. 

"Perkara ini adalah perbincnagan yang besar, ia di luar bidang ilmu saya dan boleh dijadikan sebagai bahan penyelidikan juga," jelasnya.

Sekadar info, Hazwani dan Heliza merupakan antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan dibuat Israel terhadap Palestin.

Must-Watch Video

Advertisement