Sekilas
- Haqiem Rusli berkongsi pandangan positif tentang penggunaan AI sebagai alat bantu dalam menghasilkan demo dan membina idea awal lagu.
- Beliau menegaskan pentingnya menggunakan melodi dan lirik sendiri supaya karya kekal asli dan tidak disalah guna.
- Haqiem menganggap AI sesuai digunakan pada peringkat awal penghasilan lagu walaupun tiada sentuhan manusia sepenuhnya.
Penyanyi Haqiem Rusli berkongsi pandangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu.
Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berpendapat teknologi tersebut boleh dimanfaatkan sebagai alat sokongan khususnya dalam menghasilkan demo dan membina idea awal sesebuah karya.
“Saya rasa AI memang boleh bantu kita create demo lagu dan bina vision untuk arrangement.
“Saya baru download SUNO dan ia banyak membantu sebenarnya,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sangkar Derita itu menegaskan penggunaan AI tidak seharusnya disalah guna sehingga menjejaskan keaslian karya.
“Cuma jangan ‘cheat’, kena guna melodi dan lirik sendiri, baru ada originality itu,” ujarnya.
Menurutnya lagi, meskipun penggunaan AI tidak mempunyai sentuhan manusia sepenuhnya, ia masih sesuai digunakan pada peringkat awal penghasilan lagu.
“Walaupun ‘human touch’ itu tak ada, tapi untuk demo saya rasa okay saja,” katanya.
Sumber: Threads