Skip to main content

Berita

Malaysia Dalam Mod Kesiapsiagaan Krisis, Jangan Tuding Jari Isu Bahan Api - Ahmad Zahid

Astrogempak malaysia siapsiaga

Sekilas

  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia kini dalam mod kesiapsiagaan krisis akibat ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.
  • Beliau menggesa semua pihak supaya tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api dan sebaliknya bekerjasama mencari penyelesaian.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk menjelaskan situasi semasa dan cabaran yang dihadapi negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi berkata negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meminta semua pihak untuk tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api, sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Beliau berkata situasi semasa berpunca daripada krisis global dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya secara bersama.

"Kita jangan berasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutama kepada Perdana Menteri. Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Khamis.

Mengenai tindakan pembangkan terus memainkan isu kenaikan harga bahan api sebagai modal politik, Presiden UMNO itu berkata perkara berkenaan adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa adalah kesan langsung daripada perkembangan geopolitik antarabangsa.

"Cubalah mereka (pembangkang) pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cubalah mereka pergi ke negara Asia Barat, (biar) mereka lihat sendiri.

"Kita bernasib baik sebenarnya...jadi jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan pihak kerajaan. Ini hakikat yang harus kita terima," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri petang ini, bagi menjelaskan situasi semasa serta memastikan kerajaan negeri memahami cabaran dihadapi negara susulan krisis global.

Sumber: Awani menerusi Bernama

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement