Sekilas
- Norman Hakim berkongsi doa dan sokongan penuh kasih sayang buat anak keduanya, Marissa Dania Hakim, yang sedang menghadapi ujian rumah tangga.
- Norman berharap segala permintaan Marissa dikabulkan oleh Allah dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan anaknya dengan baik.
- Marissa mengesahkan dia dan suaminya, Ahmad Aslam, sedang dalam proses perceraian dan meminta orang ramai berhenti membuat andaian.
Pelakon, Norman Hakim menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang kini berdepan dengan ujian rumah tangga.
Norman menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya mendoakan agar segala hasrat yang diminta oleh anaknya itu dikabulkan Tuhan.
“Papa Doakan apa yang adik bisik dekat telinga papa masa salam raya baru-baru ini Allah S.W.T makbulkan, Insya-Allah,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Norman mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sangkaan baik-baik buat Marissa.
“Terima kasih atas doa dan sangkaan yang baik-baik untuk anak solehah ini. We love u cayang @marissadania_” tulisnya.
Terdahulu, Marissa yang juga merupakan madu kepada Umisya mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian.