Sekilas
- Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kemalangan perlanggaran dua tren penumpang di luar Jakarta malam tadi.
- Seramai 84 mangsa sedang menerima rawatan di hospital akibat kecederaan.
- PT Kereta Api Indonesia (KAI) sedang menjalankan siasatan lanjut untuk kenal pasti punca kejadian.
Sekurang-kurangnya 14 orang disahkan maut selepas insiden perlanggaran membabitkan dua tren penumpang yang berlaku malam tadi di luar Jakarta, menurut syarikat kereta api milik kerajaan, PT Kereta Api Indonesia (KAI).
Syarikat tersebut memaklumkan jumlah korban meningkat daripada angka awal selepas kemas kini terkini dikeluarkan pada Selasa.
“Berdasarkan data terkini setakat jam 08:45 WIB (0145 GMT), 14 orang telah disahkan maut,” menurut kenyataan itu.
Dalam insiden sama, seramai 84 mangsa dilaporkan menerima rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.
Pihak PT Kereta Api Indonesia (KAI) kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian yang mengakibatkan pertembungan dua tren penumpang tersebut
Sumber: Buletin TV3