Sekilas
- Pelakon Shima Anuar berkongsi cara unik berkomunikasi dengan anak-anaknya melalui surat dan kad bank kerana tidak membenarkan mereka bermain gajet.
- Dalam surat tersebut, Shima memberi kad untuk anak-anaknya berseronok di taman dinasaur dengan syarat tidak makan gula-gula dan patuh pada penjaga mereka.
- Shima berkahwin dengan usahawan Mohd Solih Toha sejak 2017 dan mempunyai tiga anak iaitu Marian Sophia, Mikhael Iman, dan Haris.
Pelakon, Shima Anuar mencuri perhatian selepas memuat naik gambar sebuah kad bank beserta surat peringatan kepada anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shima berkata bahawa dia tidak membenarkan anaknya bermain gajet, maka dengan cara itulah mereka saling berkomunikasi.
"Saya tak bagi telefon pada anak-anak. Jadi, ini cara kami berkomunikasi. Kalau tak pakai surat, kami pakai burung merpati.
"Izinkan mommy memburu impian sekejap. Jumpa lagi smelly kids," tulisnya.
Menjengah ke dalam isi surat tersebut, Shima berpesan kepada anaknya bahawa dia sedikit sibuk dan meminta mereka untuk pergi berseronok menggunakan kad tersebut.
Bagaimanapun, Shima meletakkan syarat kepada anak-anaknya termasuklah tidak boleh memakan gula gula dan perlu mendengar segala arahan penjaga mereka.
"Hai gais! Mommy sangat sibuk hari ini. Ambil kad ini dan pergi taman dinasaur okay. Awak boleh beli apa sahaja yang awak nak tetapi dengan syarat:
"Gula-gula tak dibenarkan. Dengar cakap Aunty Nor dan Cipok okay. Pastikan ada di rumah pukul 6 petang. Nikmatilah! Sayang awak," katanya
Sekadar rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, Mikhael Iman dan Haris.