Skip to main content

Viral

[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022

temubual-eksklusif-2022-08-11t151829-887.png

Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).

Kata Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia, Kim Lim, pertandingan  ini  yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM dan seterusnya memilih pemenang yang akan mewakili Malaysia di pertandingan berprestij global Mr World 2022 yang dijangka akan  diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.

"Kami sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang muda dan berbakat daripada pelbagai latar belakang yang mewakili hampir semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

"Universal Music Malaysia berharap melalui projek seperti Mr World Malaysia, kami dapat mengukuhkan lagi portfolio bakat  kami di samping mengembangkan segmen yang berbeza selain nyanyian dan lakonan," katanya.



24 jejaka yang akan bersaing untuk merebut gelaran tersohor ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, chef, usahawan, barista, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.


 


 

Advertisement

 

Must-Watch Video