Skip to main content

Berita Tempatan

"Satu Kepuasan Bila Berganding Dengan Mereka Yang Faham Apa Itu Lakonan, Berbeza Dengan..." - Fizz Fairuz

fizz_4.jpg
Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk berlakon bersama dengan Fauziah Ahmad Daud, Syafie Naswip dan Rita Rudaini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizz menjelaskan dia dapat merasakan perbezaan apabila berlakon dengan pelakon yang mempunyai bakat tanpa mementingkan erti populariti.

"Sudah lama ingin berkerjasama dengan semua pelakon-pelakon hebat ni.

"Satu kepuasan bila dapat berganding dengan mereka-mereka yang memahami apa itu lakonan.Berbeza dengan yang memahami erti glamour. 
 

"Aku puas berkarya kali ini. Peluang takkan dapat tanpa bakat," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fizz dan mendoakan dia lebih berjaya pada masa akan datang dengan lakonan yang lebih mantap.
 

Must-Watch Video

Advertisement