Skip to main content

Berita Tempatan

Lana Nodin Buka Akaun IG Anak Kerana…

lananodinanakig.jpg
Di atas permintaan ramai serta sokongan peminat yang tidak berhenti mendoakan kesihatan anaknya, William Daud Mckienzie atau Billy, pelakon Lana Nodin wujudkan akaun Instagram (IG) untuk anaknya.

Menurut Lana, akaun tersebut dibuka khas untuk peminat yang mahu mengikuti perkembangan serta kesihatan Billy termasuk mengenai anak sulungnya juga, Gia Quinn McKienzie.

“Hi everyone... Salam... Atas permintaan orang ramai yang mendoakan kesihatan anak saya Billy dan kakaknya Gia, kami decided membuka official account IG untuk anak-anak kami.

“Sesiapa ingin mengikuti perkembangan mereka boleh la follow ig mereka @gibi_mck ... Thank you semua,” tulisnya.

Lana berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Terdahulu, Billy dimasukkan ke ICU selepas jantungnya terhenti selama 10 minit sebelum prosedur pembedahan pertama dilakukan.

Namun pembedahan akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) dapat dijalankan beberapa hari selepas itu di Institut Jantung Negara (IJN),bulan lalu.

Lana dan suaminya Mohd Daud McKienzie mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.
 

Must-Watch Video

Advertisement