Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang mengkritik sebuah kedai makan sehingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley menegaskan kritikan boleh dilakukan namun ia harus sesuatu yang membina supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan di masa akan datang
"Nak menegur dan mengkritik boleh, namun jangan sampai kita hilang adab dan sopan santun sesama bangsa.
"Kritikan sentiasa dibolehkan, namun biarlah membina. Makanan itu rezeki bersama, punca rezeki orang yang menjual, dan jadi rezeki orang yang membeli.
"Paling tidak hormatilah makanan yang di panggil ‘rezeki’ itu. Kalau tak sedap, diam atau berikan kritikan membina bukan sampai menghina dan menjatuhkan air muka seseorang.
"Kalau sedap maka puji lah agar lebih ramai yang datang mencuba. Apabila dikritik secara berhemah, saya pasti hampir setiap penjual akan cuba berusaha untuk memperbaiki makanan mereka. Setuju?." tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fazley dan berharap orang ramai mengunakan saluran yang betul untuk menegur.