Skip to main content

Berita Tempatan

"Janji Mereka Tersenyum Itu Dah Cukup Menghiburkan" - Abam Bocey

abam_13.jpg
Pelawak dan pelakon Abam mengakui bersyukur apabila dapat mengembirakan hati insan yang tersayang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abam berkongsi gambar emak dan isterinya ketika sedang melakukan ibadah umrah bersama-sama.

"Janji mereka tersenyum itu dah cukup menghiburkan. Bukan mencari segunung impian, Ckup sekadar memenuhi senyuman.

"Bukan hidup tidak berteman, Hidup ini perlu bertuhan. Alhamdulillah," tulisnya.
 

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan sikapyang ditunjukkan Abam dalam mengembirakan hati orang yang disayangi dan mereka mendoakan agar dia lebih dimurahkan rezeki selepas ini.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Must-Watch Video

Advertisement