Pelakon Ozlynn berkongsi kisah anak sulungnya yang sanggup melupakan hasratnya untuk menunaikan solat Subuh di masjid kerana tidak mahu menyusahkan dirinya keluar menghantar ke masjid.
Perkara itu dikongsikan Ozlynn menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
"Dia ketuk bilik nak Subuh di masjid. Kita cakap mama boleh hantar, dia cakap takpe lah cuba telefon pakcik dia (adik aku).
"6.20 pagi macam terfikir mana anak aku. Jadi ke pergi masjid, sekali dengar sayup-sayup suara orang mengaji. Puas cari rupanya dalam bilik game.
"Dia cakap tak dapat pergi masjid, pakcik dia tak jawab telefon. Aku cakap kenapa tak beritahu, di kata tak nak ganggu mama, ingat mama nak rehat," kongsinya.
Ozlynn turut berkongsi foto yang memaparkan anaknya yang sedang duduk di kerusi mengaji di bilik permainan.
Katanya, dia membuat keputusan mengaji di dalam bilik tersebut kerana tidak mahu mengganggu adik-adiknya yang sedang tidur.
Situasi itu benar-benar menyentuh hati Ozlynn yang juga merupakan isteri kepada pelawak popular, Johan.
"Kamu ni anak yang soleh, merasa semua kesusahan dengan mama dan papa. Moga Allah terangkan hati kamu dengan al-Quran, sihatkan kamu dengan ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu untuk ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.
"Terima kasih Allah untuk pinjaman berharga ini. Doa aku tak akan putus untuk dia," luahnya.
Perkongsian Ozlynn itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata meluahkan rasa bertuahnya Ozlynn apabila dikurniakan anak yang soleh.
"Allahu, sebak saya baca. Semoga saya juga dikurniakan anak lelaki yang soleh," tulis salah seorang pengikutnya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, 14, Ahmad Haziq Hanania, 6, Ahmad Sodiq Hanania, 9, Nur Latifah Chantiq Hanania, 4, dan Nur Latifah Moleiq Hanania berusia setahun.