Skip to main content

Berita Tempatan

"Bukan Nak Tunjuk Hebat, Tapi Saya Akan Menyanyi Live Biarpun ..." - Khai Bahar

khai-bahar_4.jpg
Penyanyi Khai Bahar mengakui tidak akan sesekali menipu peminatnya dengan menggunakan kaedah miming ketika melakukan persembahan.

Menurut Khai, perkara itu dilakukan kerana mahu menghargai peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

"Sebagai penyanyi saya harus lakukan yang terbaik untuk peminat dan bukannya menipu mereka dengan miming ketika atas pentas.

"Ini kerana mereka telah membayar tiket untuk mendengar saya menyanyi live jadi tak adil jika saya lakukan perkara sedemikian dengan menipu mereka.

"Bukan nak tunjuk hebat, tapi saya akan menyanyi live biarpun mengalami masalah kesihatan pada ketika itu.

"Ini adalah kerja saya sebagai penyanyi untuk memberikan yang terbaik kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selama ini," katanya kepada Gempak.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Trio di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Konsert Trio akan menampilkan Khai Bahar, Sufian Suhaimi dan Wany Hasrita dalam satu konsert sama di empat lokasi berbeza iaitu Johor Bahru, Johor (13 Julai), Kuantan, Pahang (17 Ogos), Alor Setar, Kedah (5 Oktober) dan Shah Alam, Selangor (2 November).

Must-Watch Video

Advertisement