Skip to main content

Berita Tempatan

Big Stage: Sarah Suhairi Tak Sangka Dapat 'Tewaskan' Sissy Imann

sarah-befunky-collage.jpg
Bintang rancangan realiti Big Stage, Sarah Suhairi, 18, tidak menyangka dapat mengalahkan peserta lain pada konsert minggu ketiga yang lalu.

Menurut Sarah yang merupakan peserta termuda, semua bintang mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing jika ingin dibandingkan dengan dia yang masih baru dalam industri nyanyian.

"Saya berpuas hati dan berterima kasih dengan keputusan yang telah diberikan oleh juri kerana mereka lebih arif untuk menilai sesuatu persembahan.

"Saya tidak sama sekali menyangka dapat mengatasi peserta lain, terutamanya Sissy Imann kerana dia adalah salah seorang peserta senior yang hebat.

"Semua peserta mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing, jadi saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap minggu," katanya.

Sarah atau nama sebenarnya Sarah Suhairi berkata, walaupun dia telah berjaya mengalahkan peserta lain di konsert ketiga, dia tidak pernah merasa hebat kerana dia ingin menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

Ketika berlangsung konsert ketiga Big Stage, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah memberi komen yang baik dan memberikan markah yang tinggi terhadap persembahan Sarah pada malam itu.

Selain Siti dan Faizal, Mark Adam juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu ketiga.

Pada konsert keempat Big Stage yang bakal berlangsung Ahad ini, Sarah akan mempersembahkan lagu Ddu-Du Ddu-Du nyanyian asal kumpulan Blackpink.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Sarah, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Baby Shima, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Must-Watch Video

Advertisement