Memasuki hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa, pastinya bazar Ramadan menjadi destinasi kegemaran ramai.
Menyediakan pelbagai juadah berbuka daripada makanan, minuman dan aneka kuih-muih, bazar Ramadan memberi banyak pilihan menu untuk anda berbuka puasa.

Namun, dalam bergembira ke bazar tu, ada beberapa perkara annoying yang boleh membuatkan kita marah!
Gempak senaraikan lima perkara menjengkelkan yang terjadi ketika anda berkunjung ke bazar Ramadan:
1. Reunion tengah jalan
Dalam keadaan bersesak-sesak, masa itulah ada yang terjumpa saudara-mara, jiran tetangga, tok penghulu mahupun adik angkat. Paling menggeramkan, mereka rancak bersembang di tengah jalan. Hello, orang nak lalu kot?
2. Orang pijak selipar
Anda pasti pernah alami situasi ini. Sedang bersemangat jalan di bazar, tiba-tiba ada orang belakang terpijak selipar. Kalau tak bernasib baik, putus selipar tu. Urghhh, nak balik rumah macam mana kalau selipar putus?
3. Drive thru
Haaa, memang kereta kau paling VVIP sebab boleh masuk terus dalam bazar sampai ke depan kedai! Spesis macam ni paling annoying sebab dia rasa dia sorang je nak cepat. Dah disediakan tempat parkir kereta, gunakanlah.
4. Makanan harga 'Yahudi'
Nasi ayam kukus RM7, kuih satu 0.60 sen, air tebu satu jag RM5. Wow, makin lama harga makanan makin mahal. Kalau anda punya keluarga besar, lebih baik masak kat rumah, lagi jimat.
5. Cara wanita berpakaian yang 'ya ampun'!
Dalam bulan puasa inilah kita nak kumpul pahala. Kalau ke bazar dengan berpakaian mencolok mata, habis pahala semua orang. Wahai wanita, apa kata ambil kesempatan bulan mulia ini untuk menutup aurat? Kan cantik tu.