Skip to main content

Budaya Popular

“Tiap Kali Minta Ibu Doa Mesti Nak Nangis”- Sharul Kamal

sharul-ibu.jpg
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF2015), Sharul Kamal akui terkilan kerana masih belum mampu untuk membanggakan ibunya.

Sharul meluahkan rasa hatinya menerusi akaun Insta Story miliknya semalam.

Kata Sharul, dia berasa sebak setiap kali memohon doa daripada ibunya sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

“Tiap kali aku minta ibu doakan aku mesti aku nak menangis sebab sampai sekarang aku tak mampu nak buat dia bangga.

“Tak apa sabar itu kunci. Aku percaya bakat aku, satu hari nanti ibu senang dari hasil usaha aku ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharul juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus asa mendoakan kerjayanya dalam bidang seni.

“Saya terima banyak reply DM story berkenaan ibu semalam. Ramai yang ucapkan selamat berjaya dan bagi kata-kata semangat.

“Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah selesai dah recoding untuk lagu baru saya, nanti dah keluar jangan lupa support tau. By the way saya dengan ibu memang sweet,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Sharul kini merupakan artis di bawah syarikat pengurusan Akim iaitu  Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) dan bakal muncul dengan lagu baru tidak lama lagi.

Foto: Instagram @sharulkamal_
 

Must-Watch Video

Advertisement