Skip to main content

Budaya Popular

"Tiap Kali Bersuara Memang Nak Kena Penyepak... Biar Bisu Seminggu!" - Netizen Geram Dengan Cempaka Dalam Sweet Dreams!

yuna_r.jpg
Jika anda merupakan penonton setia drama bersiri Sweet Dreams, pastinya anda geram dengan kehadiran watak Cempaka yang dijayakan oleh pelakon baru, Yuna Rahim.

Merupakan adik kepada Putri lakonan Mira Filzah, karakter Cempaka yang menjengkelkan membuatkan penonton dan peminat setia drama ini tidak senang duduk.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap Cempaka yang sering bersikap biadap terhadap Putri dan ibu mereka, Lola lakonan Datin Seri Nina Juren.

Malah, ada juga netizen yang mahu menghadiahkan Cempaka dengan 'penyepak' kerana kelantangan mulutnya berbicara.
 
Drama bersiri arahan Michael Ang ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Yuna, Mira dan Nina, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Ben Amir, Sean Lee, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Advertisement

Must-Watch Video