Skip to main content

Berita Tempatan

Sangka Lagu Rupanya Al-Quran, Pemuda Orang Asli, Osman Hamzah Kini Hafaz 30 Juzuk dan Terima Anugerah Khas Sultan Perak

Astro Gempak maalhijrah

Sekilas

  • Osman Hamzah, pemuda Orang Asli berusia 25 tahun, menerima Anugerah Khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1448H atas usaha mendalami ilmu agama Islam.
  • Perjalanan Islam Osman bermula apabila dia terdengar bacaan al-Quran di surau sekolah dan tertarik untuk mengenali agama tersebut sebelum memeluk Islam.
  • Osman kini melanjutkan pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sultan Azlan Shah serta aktif dalam program dakwah dan kebajikan bersama NGO di kalangan komuniti Orang Asli.

Siapa sangka rasa ingin tahu terhadap satu alunan yang didengari di surau sekolah akhirnya mengubah seluruh perjalanan hidup seorang pemuda Orang Asli.

Malah, usaha Osman Hamzah, 25,  mendalami ilmu agama turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1448H yang disampaikan sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Bagi Osman, anugerah tersebut bukan sekadar penghargaan, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat.

"Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan membantu orang ramai memahami Islam dengan cara yang positif serta bermakna," katanya seperti dilaporkan The Sun.

Osman yang merupakan suku kaum Temiarjuga sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sultan Azlan Shah.

Bercerita mengenai pengalaman mengenal Islam, segalanya bermula ketika dia menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh apabila terdengar bacaan al-Quran yang dimainkan menerusi pembesar suara surau.

Ketika itu, Osman yang belum mengenali Islam menyangka alunan tersebut adalah sebuah lagu.

"Saya tak tahu itu ayat al-Quran. Saya cuma dengar melodinya yang sangat indah dan tertanya-tanya lagu apa yang sedang dimainkan serta siapa yang menyanyikannya," katanya.

Perasaan ingin tahu itu mendorong Osman bertanya kepada rakan-rakan Muslim dan para ustaz di sekolahnya. Dari situlah dia mula mengenali Islam dengan lebih dekat sebelum akhirnya memeluk agama tersebut.

Menurut Osman, minatnya terhadap Islam semakin berkembang apabila dia banyak bergaul dengan rakan-rakan Muslim dan melihat sendiri cara hidup mereka.

"Kebanyakan kawan saya beragama Islam. Saya lihat aktiviti dan kehidupan mereka setiap hari. Dari situ timbul keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam," katanya.

Selepas memeluk Islam, Osman mula mendalami ilmu al-Quran dan mengikuti pengajian tahfiz sehingga berjaya menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran pada usia 23 tahun ketika menuntut di Darul Quran.

Selain aktif dalam pengajian, Osman juga terlibat dalam pelbagai program dakwah dan kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk mengunjungi perkampungan Orang Asli bagi menyampaikan bantuan serta berkongsi kefahaman mengenai Islam.

Pada majlis sama, Sultan Nazrin Shah turut menyampaikan beberapa anugerah lain termasuk Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak, Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Anugerah Siti Khadijah, Anugerah Saidina Ali serta Ikon Asnaf.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar Samira Slim Sejadah

ZANZEA Women Chinese Style Vintage Fashion V-Neck Printed Flared Sleeves Tied Blouse

ZANZEA Women Chinese Style Vintage Fashion V-Neck Printed Flared Sleeves Tied Blouse

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Must Watch Video

Advertisement