Penyanyi Nora Ariffin tidak kisah berhabis duit untuk membeli tiket bagi menyaksikan
persembahan atau konsert yang diadakan oleh penyanyi lain.
Menurut Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 46, dia masih mahu mencari
ilmu dan pengalaman baru menerusi cara terbabit.
"Saya masih teringat ketika masih bergelar artis baru dulu, saya membeli tiket untuk
menyaksikan persembahan Anita Sarawak.
"Saya saksikan sendiri aksinya, bagaimana dia menyanyi dan menghiburkan audiens...
Semuanya memberikan saya satu pengalaman baru.
"Sama juga dengan keadaan sekarang, jika saya berkesempatan dan tidak terikat dengan
jadual kerja, pastinya saya tidak keberatan untuk membeli tiket bagi menyaksikan
persembahan atau konsert artis baru.
"Bagi saya, industri kita kecil sahaja, jadi jangan nak berlagak. Tiada salahnya jika
kita saling menghormati antara satu sama lain.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tak ada artis baru atau lama pun yang berlagak
dengan saya," seloroh Nora.
Mengulas mengenai kebanjiran artis baru yang diberi gelaran Budak Baru Nak Up (BBNU),
Nora gembira kerana ia merupakan satu perkembangan sihat untuk industri muzik.
"Industri muzik kita semakin meriah... Mereka juga tampil dengan pelbagai jenis lagu.
"Ramai yang bagus-bagus, contohnya Syamel dan Ernie Zakri... Mereka patut diberikan
lebih pendedahan.
"Artis BBNU perlu memberikan karya berkualiti kepada peminat dan menghargai peluang
yang mereka dapat," katanya lagi.
Nora ditemui di sidang media Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019 yang diadakan
di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Menerusi acara terbabit yang bakal berlangsung pada 25 April, Nora bakal berganding
dengan Aishah dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir.