Pelakon Shima Anuar menasihati orang ramai untuk kekal sihat dan aktif meskipun berada di rumah dalam tempoh kawalan pergerakan di negara kita mulai esok.
Perkara itu dikongsi Shima menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Shima, orang ramai harus lakukan sesuatu untuk kekal aktif dan mengeluarkan peluh di rumah.
"Dah kena duduk rumah jangan pulak makan tidur makan tidur, buatlah apa-apa aktiviti di rumah, kena aktif, keluarkan peluh," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Shima menambah, dia akan melakukan senaman di rumah kerana studio senaman pilates yang dihadirinya juga tutup buat sementara waktu.
"Sekarang, studio yang saya pergi pilates pun tutup buat sementara waktu, jadi, saya akan bersenam di rumah, semoga anda semua sentiasa selamat, jaga kesihatan," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Shima yang kebanyakannya meninggalkan respon positif di ruangan komen.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Solih pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Dalam pada itu, jangan lupa, saksikan drama lakonan Shima di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.