Skip to main content

Budaya Popular

Bukan Sekadar Untuk Dewasa, Astro Turut Sajikan Hiburan Untuk Kanak-Kanak Di Musim Lebaran Ini!

kanakbefunky-collage-(1).jpg
Di musim perayaan ini, Astro bukan sahaja menayangkan pelbagai program, drama, filem dan telefilem untuk golongan dewasa, malah hiburan untuk kanak-kanak juga turut disediakan.

Untuk mengelakkan anak ataupun adik-adik anda terlepas, mari kita semak semula kandungan untuk kanak-kanak yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri tahun ini.

1. Salam Squad 2.0
22 April - 10 Jun, setiap Rabu, 6.00 petang di Astro Ceria & Ceria HD


Asnida, Wadi, Imran dan Raf cuba untuk mendedahkan identiti sebenar Ustaz Halim yang mengelirukan orang ramai dengan perwatakan alimnya, namun masalah lain pula yang timbul.

2. Upin & Ipin Raya
14, 15 & 22 Mei, 2.00 petang di Disney Channel


Bagaimanakah persiapan dua beradik, Upin dan Ipin untuk menyambut Raya? Ikuti keseronokan Upin, Ipin bersama rakan-rakan mengacau dodol dalam episod terbaru akan datang!

3. Spongebob Squarepants Best Breakout Ever Stunt
18-22 Mei, Isnin-Jumaat, 4.30 petang di Nickelodeon


Apa yang dirancang oleh mereka, selalunya lain yang terjadi. Saksikan pelbagai keseronakan dari Spongebob dan rakan-rakan.

4. Omaar & Hana
22 Mei, Jumaat, 11.30 pagi & 6.30 petang (Ceria) & 4.00 petang (Oasis)


Mari sertai Omar & Hana bersama keluarga dan rakan-rakan belajar nilai-nilai Islam melalui lagu-lagu yang menyeronokkan. Alhamdulillah!

5. Beyblade Burst Rise (New Season Premiere)
23 Mei, Sabtu 11.00 pagi di Disney XD


Pengembaraan Dante di Blading World bersama Bey miliknya, Ace Dragon untuk mencapai tahap 'The Hyper Flux'

6. Rapunzel's Tangled Adventures
23 & 24 Mei, 9.00 pagi di Disney Channel


Rapunzel bakal menempuhi pelbagai cabaran sebagai seorang puteri, sebelum menerima hakikat kehidupannya, Rapunzel ingin merasai sepenuhnya kehidupan penuh pengembaraan di Corona.

7. 101 Dalmatian Street
23 & 24 Mei, 9.30 pagi di Disney Channel


Mengisahkan pengembaraan 101 Dalmations dianggotai Dolly dan Dylan serta 96 lagi saudara mereka di London abad ke-21.

8. Miraculous : Tales of Ladybug and Cat Noir
23 & 24 Mei, 3.30 petang di Disney Channel


Marinette menempuh pelbagai pengembaraan apabila mendapat tahu tentang kewujudan Miraculous lain selepas bertemu Guardian of the Miraculous.

9. Lepak @Les Copaque Raya
23 Mei - 5 Jun, Isnin-Ahad 7.00 malam di Astro Prima & Prima HD


Saksikan episod-episod bertema Raya daripada Upin & Ipin, Puteri dan Pada Zaman Dahulu. Beserta episod-episod terbaru Upin & Ipin S13 dan Upin & Ipin Iqra S2

10. SMK : Raya Dekat Jauh
5 Jun, Jumaat 7.00 malam di Astro Ceria & Ceria HD


Geng SMK menyertai pertandingan menerbitkan muzik video dalam talian kerana terlalu bosan di rumah.

Semoga semua lapisan masyarakat meraikan lebaran dengan keberkatan dan penuh kemeriahan, Salam Aidilfitri buat semua pembaca Gempak!

Must-Watch Video

Advertisement