Skip to main content

Budaya Popular

"Baby Girl Coming Very Soon" - Sekitar Baby Shower Elaine Daly

elaine-baby-shower-header.jpg
Pengacara dan pelakon Elaine Daly bakal menimang cahaya mata keduanya beberapa minggu lagi.

Malah, pasangan Elaine dan suami, Dr. Nick Boden sempat mengadakan sebuah majlis baby shower ringkas di sebuah restoran di ibu kota semalam.

Menerusi perkongsian teman rapat Elaine yang hadir pada majlis itu, Pengarah Nasional Miss Universe Malaysia itu dijangka bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan.

"Baby girl coming very soon... Can't wait to meet her!" tulis @zaireenibrahim.

Majlis baby shower itu dirancang sendiri oleh suaminya termasuk mengundang teman rapat Elaine antaranya Neelofa, Kavita Sidhu dan Lina Teoh.

"Perfect Sunday brunch celebrating #dalyboldenbaby2 baby shower with my dearest and closest.

"Thank you all for coming! Biggest thank you goes to my dear husband who planned and executed the whole thing. I'm a lucky girl!" tulis Elaine.

Elaine dan Nick Boden telah berkahwin pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Jean Boden, 4 tahun.
 

 
 

At Elaine’s baby shower ? So very soon babe! Can’t wait to meet baby #2

A post shared by Yiu lin (@yiulin) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @elainedaly

Advertisement

Must-Watch Video