Skip to main content

Budaya Popular

Amalkan Baca Buku Sebelum Tidur, Kanak-Kanak 4 Tahun Ini Diiktiraf Sebagai Genius!

genius.jpg

Baru berusia empat tahun, tapi kanak-kanak ini telah diiktiraf memiliki tahap kecergasan minda (IQ) setinggi 142 dalam ujian Stanford Binet.

Kepintaran Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim itu sekali gus menjadikan dia sebagai  ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global iaitu Mensa.

Advertisement

Ibu kanak-kanak genius itu, Nur Anira Asyikin Hashim, 30, menjelaskan Muhammad Haryz ditawarkan keahlian pada 14 Januari lalu.

Menurutnya, kecerdikan anaknya itu dikesan sejak berusia dua tahun apabila Muhammad Haryz berupaya membaca buku.

"Muhammad Haryz memang suka baca buku dan tidak akan tidur sebelum menghabiskan sekurang-kurangnya dua buah buku," katanya.

Tambah Nur Anira, guru sekolah Muhammad Haryz turut mendedahkan kepintaran anaknya itu sebelum membawanya bertemu pakar untuk mengetahui tahap IQ.

“Kami dimaklumkan gurunya bahawa dia lebih cerdas berbanding kanak-kanak lain.

“Kami kemudian menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain iaitu Lyn Kendall untuk dinilai.

“Setelah dinilai, Lynn memberikan skor 142 dalam ujian Stanford Binet dan memberikan kami borang untuk menyertai Mensa," kata anak jati Johor yang   telah menetap di UK sejak 2015.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Must-Watch Video