Sekilas
- Daiyan Trisha berkongsi momen santai buat mentega sambil berlari bersama rakan-rakan termasuk Yuna dan Amir Ahnaf di Threads.
- Kehadiran Amir Ahnaf dalam aktiviti tersebut mencuri perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen santai beriadah bersama rakan-rakan dengan melakukan aktiviti membuat mentega sambil berlari.
Menerusi hantaran di Threads, Daiyan melakukan aktiviti tersebut bersama beberapa teman termasuk penyanyi Yuna dan pelakon Amir Ahnaf.
“Ahad lepas kami buat butter,” tulisnya ringkas.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kehadiran Amir Ahnaf dalam perkongsian tersebut yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna netizen mula membuat andaian mengenai hubungan antara Daiyan dan Amir.
“Adakah Daiyan Amir ada somethingggg.
“Ship baruu after bass maybeee.
“I’m gonna say the same thing.
“Ship baru, guys. Amir + Daiyan = Amayan.
“Daiyan couple dengan Amir Ahnaf ke dhoo😳
“Menjadik jugak "jom jom jomm raya dgn saye,” komen netizen.