Skip to main content

Selebriti

Tular Hilang Selepas Keluar Temu Duga Kerja, Wanita Rupanya Mahu Tenangkan Diri - "Dia Minta Maaf Kerana..."

Astrogempak

Sekilas

  • Norafiza Zainuddin, wanita dari Taiping yang hilang sejak 16 Jun, telah menghubungi keluarga melalui WhatsApp dan memaklumkan akan pulang tidak lama lagi.
  • Keluarga masih menunggu kepulangan Norafiza dan berharap dapat bertemu secara langsung untuk memastikan keadaannya, selepas dimaklumkan dia sedang menenangkan diri.
  • Pihak polis mengesahkan Norafiza dalam keadaan selamat dan akan kembali ke Taiping untuk bertemu keluarga serta memberi keterangan.

Selepas hampir dua minggu menyepi, seorang wanita dari Taiping yang dilaporkan hilang sejak 16 Jun lalu memberi khabar akan pulang dalam masa terdekat kepada ahli keluarganya.

Perkara itu dimaklumkan mangsa, Norafiza Zainuddin, 41, menerusi aplikasi WhatsApp dalam kumpulan keluarga pada Sabtu.

Adiknya, Ahmad Zulhilmi, 34, berkata, mesej tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga, namun mereka masih menunggu kepulangan sebelum benar-benar yakin dengan keadaannya.

Menurutnya, kakaknya memaklumkan hanya mahu menenangkan diri buat sementara waktu sebelum pulang ke pangkuan keluarga.

“Dia ada mesej dalam kumpulan keluarga semalam, kata nak tenangkan diri sekejap dan akan balik. Dia juga mohon maaf kerana menyusahkan semua orang.

“Tapi lepas itu dia terus senyap. Kami masih tunggu dia balik. Selagi tak jumpa depan-depan, kami tak boleh rasa lega lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ahmad Zulhilmi berkata, pihak keluarga dimaklumkan oleh polis bahawa Norafiza mengalami sakit teruk, namun belum dapat dipastikan kesahihannya.

“Dia ada beritahu kepada polis bahawa dia sakit teruk, itu sahaja yang kami dimaklumkan. Kami masih tunggu dia buat laporan mengenai perkara itu. Sampai sekarang belum ada lagi,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga amat berharap agar Norafiza segera pulang bagi meredakan kebimbangan terutama ibu dan dua anak perempuannya yang ingin bertemu sendiri dengannya.

“Kami cuma harap dia balik. Mak memang nak jumpa depan-depan baru boleh percaya dia betul-betul okay,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Mohd Ariffridzuan Ezahar berkata, pihaknya telah berjaya menghubungi wanita berkenaan.

Menurutnya, Norafiza memaklumkan berada dalam keadaan selamat namun memerlukan sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum kembali ke Taiping.

“Dia memaklumkan berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke Taiping untuk bertemu keluarga serta memberi keterangan kepada polis," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita gagal dikesan selepas keluar rumah di Taiping untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel di Kuala Kangsar.

Keluarga tidak menemui sebarang petunjuk sehinggalah kenderaan mangsa ditemui pada 21 Jun lepas di Padang Rengas.

Pemeriksaan mendapati kenderaan itu masih berada dalam keadaan baik dengan kunci serta barangan peribadi di dalamnya, namun mangsa yang telah berpisah dengan suaminya awal tahun ini, tiada di lokasi.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement