Sekilas
- Azeva Natassha berkongsi pengalaman pertama kali bertemu rakan-rakan seperjuangannya dalam program Talk To My Manager 2, termasuk Cik B dan Amarra.
- Perjumpaan pertama Azeva dengan Cik B berlaku di tandas, di mana mereka berdua salah anggap satu sama lain sebagai sombong.
- Azeva juga berkongsi detik bertemu Hussain yang pada mulanya disangka pengurus kerana misainya yang unik.
Penyanyi Azeva Natassha berkongsi momen dia pertama kali bertemu dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Menurut Azeva, dia dan anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B bertemu di tandas dan beranggapan masing-masing tidak ramah.
“Orang pertama saya jumpa di TTMM2, Amarra… kedua Cik B. Pertama kali saya jumpa Cik B dalam toilet. Saya baru nak keluar toilet, Cik B nak masuk.
“Masing-masing macam terkejut. Lepas itu dua-dua ingat dua-dua sombong,” kongsinya.
Anak kepada penerbit Datuk A Aida ini turut berkongsi momen bertemu dengan Hussain yang dianggap seorang pengurus pada ketika itu.
“Orang ketiga saya jumpa Viviana, lepas itu Hussain… masa itu saya ingat mula-mula Hussain manager. Sebab dia ada misai masa itu, saya tak tahu kenapa.
“Dia simpan misai itu, saya persoal juga sampai sekarang ‘kenapa poster awak ada misai’. Lepas itu dia kata tak terfikir nak shave,” ujarnya.
Sumber - Threads