Skip to main content

Hiburan

Hanif Miswan Puji Lakonan Beto Kusyairy, Akui Terkesan Tonton Good Boys Go To Heaven - “Kesian Ahyan, Tak Boleh Imagine…”

Hanif Miswan

Sekilas

  • Pengacara Hanif Miswan memuji drama premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven (GBGTH), sebagai antara karya terbaik yang pernah ditontonnya.
  • Hanif kagum dengan lakonan Beto Kusyairy, terutama babak emosi yang dianggap sangat realistik dan layak menerima anugerah.
  • Identiti pembunuh Ahyan terjawab apabila Doktor Nahar mengaku, dan dua episod bonus GBGTH akan disiarkan eksklusif di Astro, Astro Go dan Sooka.

Pengacara, Hanif Miswan meluahkan rasa kagum terhadap drama premium Astro Originals terbitan Astro Shaw iaitu Good Boys Go To Heaven (GBGTH) yang disifatkan sebagai antara karya terbaik pernah ditontonnya.

Menerusi Threads, Hanif mengakui berasa sebak dengan nasib yang menimpa Ahyan sehingga membuatkan dirinya sukar untuk membayangkan jika situasi sama berlaku kepada mana-mana orang di luar sana.

“Saya dah pernah cakap dan nak cakap lagi. Good Boys Go To Heaven sangat-sangat-sangat bagus. Everything is so good dan details. Tak perlu perfect, dia cukup rasa.

“Kesiannya Ahyan. I can’t even imagine benda ni jadi kepada sesiapa,” kongsinya.

Selain jalan cerita, Hanif turut memberikan pujian kepada lakonan Beto Kusyairy yang disifatkannya cukup luar biasa, terutama setiap kali pelakon itu melakonkan babak emosi dalam drama premium tersebut.

“Beto Kusyairy, what an actor lah. Tangisan dia masa scene lepas fight dengan Nahar tu, so pure, so real.

“Dia sangat layak menerima anugerah dalam lakonan! Kudos,” tambahnya.

“This man deserve every award dalam lakonan! Kudos.”

Pada Jumaat, segala teka-teki mengenai siapakah pembunuh Ahyan sudah terlerai apabila Doktor Nahar mengakui perbuatannya itu ketika menculik Yasser.

Meskipun ‘ending’ episod akhir itu dikatakan sedikit tergantung namun satu berita baik buat penonton apabila anda berpeluang untuk menyaksikan dua episod bonus GBGTH eksklusif hanya di Astro, Astro Go dan Sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement