Skip to main content

Hiburan

Ogy Ahmad Daud Buat Peminat ‘Throwback’, Kembali Jadi Azura Bersama Jamal Abdillah - “Pertemuan Kembali Setelah 40 Tahun”

ASTROGEMPAK Ogy

Sekilas

  • Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dan penyanyi Datuk Jamal Abdillah melakonkan semula watak ikonik Azura dan Zack dalam video TikTok selepas 40 tahun.
  • Video tersebut mengimbau nostalgia filem Azura yang popular pada era 1980-an dan mendapat sambutan hangat netizen.
  • Rata-rata wargamaya memuji lakonan mereka yang lebih natural dan berharap versi filem baru akan mendapat sambutan hebat.

Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa sebagai Ogy mengimbau kembali nostalgia filem Azura bersama penyanyi Datuk Jamal Abdillah selepas empat dekad berlalu.

 

Menerusi video di TikTok, Ogy danJamal dilihat melakonkan semula watak ikonik Azura dan Zack yang pernah melonjakkan populariti mereka sekitar era 1980-an.

 

“Pertemuan kembali Azura dan Zack setelah 40 Tahun,” tulisnya. 

 

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ogy dan Jamal selain menyifatkan momen itu penuh nostalgia dan mengembalikan memori zaman kegemilangan filem tempatan.

 

“Kalau buat filem versi sekarang rasanya meletup.

 

“Azura filem pertama tonton dengan classmate waktu umur 12 tahun.

 

“Zack punya dialog dah improve… kalau dulu macam robot baca skrip. Sekarang baca skrip dah natural,” komen beberapa wargamaya. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement