Skip to main content

Selebriti

Sharifah Shahirah Tegur Sikap Suka Mengata Orang, Anggap Boleh Jejaskan Mental Mangsa - "Mereka Tak Pernah Berehat"

Astrogempak

Sekilas

  • Sharifah Shahirah, ibu kepada penyanyi Oddah, mempertahankan anaknya daripada kecaman netizen yang mendakwa suara Oddah kurang enak dan hanya bernasib baik kerana anak angkat Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Sharifah menegaskan bahawa mengata orang hanya akan menjejaskan kesihatan mental mangsa dan mengingatkan agar tidak menjadi individu yang menyakiti orang lain.
  • Beliau juga memberi semangat kepada Oddah untuk terus berusaha, sama ada dalam bidang seni atau berniaga, serta menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Ibu kepada penyanyi, Oddah iaitu Sharifah Shahirah tampil mempertahankan anaknya selepas seorang netizen mendakwa Oddah memiliki suara yang kurang enak dan hanya bernasib baik kerana merupakan anak angkat kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Enggan berdiam diri, Sharifah atau nama penuhnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata individu yang suka mengecam orang lain tidak pernah berhenti, malah tindakan tersebut hanya mampu menjejaskan kesihatan mental mangsa.

"Gila ya kalau bab-bab mengata orang. Mereka tak pernah tidur sampailah awak mati. Saya suka layan sebab mereka berani. Saya pun suka buat onar," tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar itu turut menitipkan pesanan kepada Oddah bahawa sekiranya tiada pihak yang mahu mengambilnya bekerja, mereka masih mampu mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

Menurut Sharifah, apa yang lebih penting adalah tidak menjatuhkan atau mengata orang lain, sebaliknya menjadi individu yang membawa manfaat kepada masyarakat.

"Kalau tiada orang nak ambil kamu pun, Oddah, tidak mengapa. Kita boleh jual roti bakar hitam. Tiga orang sahaja yang beli pun jadilah.

"Tapi jangan mengata orang depan-depan dan jangan jadi bitter dengan orang lain. Patutlah Azad marah, faham. 

"Perkara ini hanya akan membuatkan mental orang lain rosak. Jadilah orang yang bermanfaat kepada orang lain dan bukan menyakiti orang," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement