Skip to main content

Gaya Hidup

Selera Warisan Kembali! Ketengahkan Khazanah Kulinari Negeri Demi Negeri - “Ramai Hanya Kenal Menu Popular”

Astrogempak Warisan Selera

Sekilas

  • Evo Mall Bangi menganjurkan Program Selera Warisan secara berperingkat untuk memberi fokus kepada keunikan kulinari setiap negeri di Malaysia.
  • Program ini menampilkan pelbagai hidangan tradisional yang kurang dikenali dari negeri-negeri seperti Pantai Timur, Negeri Sembilan, dan Johor dengan harga makanan yang berpatutan.
  • Setakat ini, dua siri program telah diadakan iaitu Selera Warisan Pantai Timur dan Selera Warisan Selatan yang melibatkan negeri Melaka, Johor Bharu, dan Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall Bangi, Zetty Rahim mengakui memilih untuk menganjurkan Program Selera Warisan secara berperingkat bagi memberi ruang kepada orang ramai mengenali keunikan kulinari setiap negeri di Malaysia.

Jelas Zetty, pihaknya sengaja tidak menggabungkan semua negeri dalam satu acara kerana mahu setiap lokasi diberi perhatian sewajarnya, sekali gus memberi lebih banyak sebab kepada pengunjung untuk kembali ke Evo Mall Bangi.

“Kalau kami buat semua sekali gus, orang akan rasa terlalu banyak pilihan dan akhirnya tidak dapat memberi tumpuan kepada keunikan setiap negeri. Sebab itu kami buat secara berperingkat. Sekurang-kurangnya orang ada banyak sebab untuk datang semula ke Evo Mall,” katanya.

Zetty juga berpendapat, masih banyak hidangan tradisional yang kurang dikenali masyarakat kerana kebanyakan orang hanya mengaitkan sesebuah negeri dengan satu atau dua menu popular.

“Contohnya Pantai Timur, ramai hanya kenal nasi dagang dan nasi kerabu, sedangkan ada banyak lagi makanan tradisional yang menarik. Begitu juga Negeri Sembilan. Ramai hanya tahu masak lemak, padahal ada pelbagai juadah lain yang tidak kurang istimewa.

“Johor pula sering dikaitkan dengan laksa Johor, tetapi sebenarnya negeri itu mempunyai banyak lagi hidangan yang wajar diketengahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zetty berkata pihaknya turut memastikan harga makanan yang dijual kekal berpatutan agar lebih ramai pengunjung dapat menikmati pengalaman tersebut.

“Sejak tahun lalu lagi, objektif kami memang mahu menawarkan makanan pada harga yang mampu milik walaupun dijual di dalam pusat beli-belah.

“Kalau set nasi bersama lauk dan hidangan sampingan, harganya sekitar RM15 hingga RM17. Kami juga memastikan kebanyakan menu tidak melebihi RM25, kecuali jika pelanggan memilih hidangan istimewa atau premium.

“Bagi kami, harga yang berpatutan sangat penting supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati makanan tradisional dari seluruh negara,” katanya.

Sekadar info, Program Selera Warisan sudah hadir dengan dua siri iaitu Selera Warisan Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan terbaharu, Selera Warisan Selatan yang melibatkan negeri Melaka, Johor Bharu, dan Negeri Sembilan. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement