Sekilas
- Sehari selepas berkahwin, pempengaruh media sosial Adib Aidil dan isteri menyertai acara kecergasan HYROX di Jakarta.
- Adib berkongsi foto mereka di hadapan papan tanda rasmi HYROX dengan kapsyen lucu "Not Personal Best but Pengantin Baru."
- Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang memuji pasangan ini memilih aktiviti sihat dan lasak sebagai versi 'honeymoon' mereka.
Sehari selepas melangsungkan perkahwinan, pempengaruh media sosial, Adib Aidil menyorot perhatian apabila memilih untuk menyertai acara kecergasan HYROX di Jakarta bersama isteri tercinta.
Menerusi perkongsian di Threads, Adib memuat naik foto dirinya bersama pasangan di hadapan papan tanda rasmi HYROX Jakarta, sekali gus mencuri perhatian ramai dengan momen ‘pengantin baru’ yang cukup unik itu.
Lebih mencuit hati, Adib turut berseloroh di ruangan kapsyen dengan menulis:
“Not Personal Best but Pengantin Baru.”
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya kagum dengan Adib dan pasangannya yang memilih untuk menyertai acara kecergasan tersebut meskipun baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
Malah, ada juga yang berseloroh dengan menggelarkan penyertaan mereka dalam HYROX itu sebagai versi ‘honeymoon’ yang sihat, lasak dan penuh cabaran.
Sumber: Threads