Skip to main content

Muaz Zabir Trauma Setahun, Elak Lalu Kawasan Kemalangan Yang Ragut Nyawa Bapa

Astro Gempak 300

Sekilas

  • Pelakon Muaz Zabir berkongsi pengalaman sukar tidak mampu lalu kawasan kemalangan yang meragut nyawa bapanya selama setahun.
  • Bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2019, seminggu sebelum Ramadan, meninggalkan kesan mendalam pada keluarga.
  • Walaupun kehilangan itu, Muaz tetap meneruskan tradisi Aidilfitri dengan pulang ke kampung dan mengadakan Malam Mantai seperti biasa.

Pelakon Muaz Zabir mengakui pernah melalui detik sukar apabila tidak mampu melalui kawasan kemalangan yang meragut nyawa bapanya selama setahun.

Mengimbau semula kisah, Muaz berkongsi bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2019, kira-kira seminggu sebelum bulan Ramadan, menjadi kehilangan yang sangat mengejutkan buat keluarga.

“Tahun ini masuk tahun keempat arwah tiada. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya seminggu sebelum bulan puasa.

“Ia sangat mengejutkan sebab arwah sihat, bukan meninggal sebab sakit. Bila ahli keluarga pergi secara tiba-tiba, memang sangat terasa,” katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga dia mengelak melalui kawasan itu untuk tempoh yang lama.

“Selama setahun saya tak boleh lalu jalan itu. Saya akan pusing ikut jalan jauh.

“Sampai sekarang kalau lalu situ, rasa sayu dan kenangan itu masih terngiang-ngiang. Memang tak seronok lalu kawasan kemalangan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muaz berkata sambutan Aidilfitri tetap diteruskan seperti biasa dengan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan bersama keluarga.

Katanya, tradisi Malam Mantai masih dikekalkan setiap tahun dengan menyediakan hidangan seperti sup daging dan juadah lain sebagai persiapan menyambut Syawal.

Mengimbas kenangan bersama arwah bapanya, Muaz berkata bapanya sangat menitikberatkan soal kekeluargaan dan mahu semua ahli keluarga berkumpul setiap kali hari raya.

“Arwah pernah pesan, kalau kerja tapi tak dapat cuti hari raya, lebih baik berhenti kerja.

“Semangat kekeluargaan arwah memang sangat kuat. Dia memang suka kami semua berkumpul di kampung,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Must Watch Video

Advertisement