Skip to main content

Hiburan

Nekad Keluar Daripada Watak 'Orang Gemuk', Nizam Jentik Jentik Hilang 28 Kilogram

Astrogempak Nizam

Sekilas

  • Nizam Jentik Jentik nekad buat transformasi fizikal selepas lebih 10 tahun dikenali dengan imej badan bulat yang membataskan jenis watak lakonan diterima.
  • Dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 28 kilogram dalam masa empat bulan, dari 103kg ke 75kg, dengan harapan dapat watak dan peluang baru dalam industri hiburan.
  • Nizam juga bercadang untuk cuba peranan lain seperti duta atau pengacara TV yang sebelum ini belum pernah diceburi.

Pelakon dan pelawak, Nizam Jentik Jentik nekad melakukan transformasi fizikal selepas merasakan sudah tiba masanya untuk keluar daripada imej yang sinonim dengannya sejak lebih sedekad bergelar anak seni.

Menurut Nizam, bentuk badannya sebelum ini sering menyebabkan dia menerima tawaran watak yang hampir sama dalam setiap naskhah lakonan.


“Tak ada, saja je sebabkan saya rasa saya perlukan perubahan. Daripada 10 tahun lalu orang kenal saya dengan fizikal yang bulat atau gemuk. Jadi bila dapat tawaran berlakon pun dapat watak-watak yang sesuai dengan tubuh badan saya.

“Saya juga pasang impian nak berlakon dalam filem Tarung, mungkin selepas berlaku transformasi ini saya akan dapat watak-watak yang saya tak pernah dapat sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Nizam berkata, setiap kali menerima skrip, dia sudah dapat menjangka jenis karakter yang bakal dibawakan kerana kebanyakannya menggambarkan lelaki berbadan besar dengan personaliti lucu atau sedikit 'masuk air'.

“Memang tawaran sebelum ini yang datang kepada saya bersesuaian dengan bentuk badan saya. Bila baca skrip saya tahu watak yang mereka buat itu jenis masuk air, lembab jadi bila nampak watak-watak itu saya rasa macam sudah 10 tahun dalam industri asyik dapat watak sama.

“Jadi saya mahu keluar daripada comfort zone jadi saya mahu dapat bentuk badan yang baharu, saya akan lebatkan rambut, buat facial dan mungkin saya akan dapat tawaran yang berlainan daripada apa yang saya dapat sekarang. Mungkin jadi duta ke atau jadi pengacara TV yang tak pernah saya buat,” ujarnya.

Usahanya itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 28 kilogram dalam tempoh hanya empat bulan.

“Dulu saya 103kg dan sekarang sudah berjaya capai 75. Saya dah buat benda ini dalam empat bulan,” tambahnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement