Skip to main content

Filem

Dayinta Melira Kongsi Cabaran Waktu Jadi ‘Mayat’ Dalam Filem ‘Badut Gendong’ - “Saya Langsung Tak Boleh Berkelip…”

Astro Gempak 234

Sekilas

  • Pelakon Dayinta Melira menghadapi cabaran besar berlakon babak berbaring kaku tanpa berkelip mata dalam filem seram aksi Badut Gendong.
  • Filem ini mengangkat isu sosial perebutan tanah kampung selain elemen seram, dengan watak peguam Arini yang berdepan dilema antara tugas dan hati nurani.
  • Badut Gendong arahan Charles Gozali kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Pelakon Indonesia, Dayinta Melira mengakui berdepan cabaran besar ketika menjayakan satu babak dalam filem seram aksi Badut Gendong apabila terpaksa berbaring kaku tanpa berkelip mata sepanjang penggambaran.

Menurut Dayinta yang membawakan watak Darsi berkata, babak tersebut merupakan antara adegan paling sukar pernah dilakonkannya.

“Ada satu babak yang turut dipaparkan dalam teaser apabila saya sedang berbaring dan Darso melihat tubuh saya. Dalam babak itu saya langsung tak boleh berkelip,” katanya.

Tambah Dayinta, cabaran sebenar bukan sekadar kekal kaku, sebaliknya dia perlu menahan emosi ketika menyaksikan lakonan penuh kesedihan daripada Marthino Lio yang memegang watak Darso.

“Bagi saya, perkara paling sukar ialah menahan diri daripada menangis,” ujarnya.

Menurutnya, babak tersebut terpaksa dirakam berulang kali bagi memastikan hasilnya benar-benar mencapai tahap yang diinginkan pengarah.

Selain elemen seram yang berkisar tentang jasad Darsi, Badut Gendong turut mengangkat isu sosial membabitkan konflik perebutan tanah penduduk kampung.

Pelakon Clara Bernadeth pula membawakan watak Arini, seorang peguam yang dihantar mewakili syarikat untuk mengambil alih tanah milik penduduk di kampung Darso.

Menurut Clara, Arini merupakan seorang wanita yang mempunyai sifat empati tinggi hasil didikan bapanya yang sentiasa mengutamakan nilai kemanusiaan.

“Watak Arini melihat profesion peguam sebagai satu panggilan untuk menegakkan keadilan dalam dunia yang tidak semestinya hitam atau putih,” katanya.

Bagaimanapun, Arini terpaksa berdepan dilema apabila perlu memilih antara tanggungjawab profesional mempertahankan syarikat atau mengikut suara hati membantu penduduk kampung.

“Konflik dalaman itulah yang akan dilalui watak Arini dari awal hingga penghujung filem,” ujarnya.

Filem arahan Charles Gozali itu turut dibintangi Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Totos Rasiti, Akbar Kobar, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Dalam masa sama, filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Untuk rekod, Badut Gendong mengisahkan Darso lakonan Marthino Lio, seorang penghibur jalanan yang hilang kewarasan selepas isterinya, Darsi bersama bayi dalam kandungan dibunuh dengan kejam.

Badut Gendong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Sumber: Suara.com

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement