Skip to main content

Didakwa Ikat Lima Pencuri Pada Tiang Lampu, ‘Batman Mexico’ Curi Perhatian Ramai

Astrogempak

Sekilas

  • Polis Mexico sedang memburu individu dikenali sebagai 'Batman Mexico' yang mengikat lima lelaki disyaki pencuri motosikal dan basikal di Jalisco.
  • Mangsa ditemui dengan tangan diikat, mulut ditampal pita pelekat, dan perkataan 'ratero' ditulis di dahi mereka sebagai tanda mereka pencuri.
  • Insiden ini berlaku selepas individu tersebut kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa membanteras jenayah, dan polis kini mengesan suspek serta dua kenderaan yang berkaitan.

Polis Mexico memburu seorang individu yang digelar 'Batman Mexico' selepas dipercayai mengikat sekurang-kurangnya lima lelaki yang disyaki mencuri motosikal dan basikal pada tiang lampu di negeri Jalisco.

Kesemua mangsa ditemui dengan tangan diikat, mulut ditampal pita pelekat serta perkataan 'ratero' yang bermaksud pencuri dalam bahasa Sepanyol ditulis pada dahi mereka.

Sebahagian mangsa turut mempunyai lukisan misai dan misai kucing pada wajah, manakala motosikal atau basikal yang didakwa dicuri ditinggalkan berhampiran sebagai bukti.

Insiden pertama dilaporkan di bandar Lagos de Moreno pada 13 Jun lalu sebelum empat lagi kes dengan modus operandi sama berlaku dalam tempoh beberapa hari berikutnya.

Media tempatan melaporkan, individu misteri itu bertindak sendiri selepas kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa membanteras jenayah, sekali gus menyebabkan beliau digelar 'Batman Lagos de Moreno', mengambil inspirasi daripada watak adiwira fiksyen.

Setiausaha Keselamatan Jalisco, Juan Pablo Hernández berkata, polis telah merekodkan lima insiden seumpama itu dan kini sedang mengesan individu yang bertanggungjawab.

Pendakwa negeri, Salvador González de los Santos berkata, siasatan turut dijalankan terhadap dakwaan kecurian yang dikaitkan dengan mangsa, namun mereka tetap dianggap mangsa kerana diserang dan ditahan secara menyalahi undang-undang.

Kesemua mereka telah diselamatkan pasukan kecemasan dan menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, namun polis memaklumkan dua kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu telah dikenal pasti.

Jalisco merupakan antara negeri paling terjejas dengan jenayah harta benda di Mexico dan turut menjadi kubu kuat Kartel Jalisco New Generation (CJNG), antara organisasi jenayah paling berpengaruh di negara itu.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement