Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Yad-Z Ada Isu Dengan Hussain? Ini Respon Tuan Badan - "Bukan Niat Saya Untuk..."

Astrogempak YADZ

Sekilas

  • Yad-Z dari Big Stage Rocketfuel memohon maaf atas kenyataannya yang menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
  • Beliau menegaskan tiada niat untuk sombong atau rasa diri lebih hebat dan menafikan sebarang perselisihan dengan peserta lain, Hussain.
  • Yad-Z berterima kasih atas teguran yang diterima dan berjanji akan memperbaiki diri serta menghargai sokongan peminat.

Bintang Big Stage Rocketfuel, Yad-Z tampil membuat permohonan maaf susulan kenyataannya yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurut Yad-Z, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sikap sombong atau merasakan dirinya lebih hebat daripada orang lain.

"Assalamualaikum semua. Saya Yad-Z.

"Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku semalam. Kalau apa yang saya cakap buat ramai terasa hati atau disalahertikan, saya benar-benar minta maaf. Sebenarnya bukan niat saya untuk belagak, ego atau rasa diri lebih hebat daripada orang lain.

"Apa yang saya maksudkan cuma saya percaya pada bakat yang Allah bagi dan saya yakin dengan diri sendiri. Itu sahaja," katanya.

Dalam masa sama, penyanyi itu turut menafikan dakwaan wujud perselisihan faham antara dirinya dengan seorang lagi peserta, Hussain.

"Saya juga nak jelaskan yang saya dan Hussin tak ada sebarang masalah. Kami okey dan saling menghormati antara satu sama lain," ujarnya.

Mengakhiri kenyataannya, Yad-Z berterima kasih kepada semua pihak yang memberi teguran serta pandangan dan berjanji akan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri.

"Terima kasih atas semua komen, teguran dan pandangan yang diberikan. Saya terima semuanya dengan hati terbuka dan akan jadikan ia sebagai pengajaran untuk saya terus memperbaiki diri.

"Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa menyokong saya. Insya-Allah saya akan buat yang lebih baik selepas ini," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement