Skip to main content

Selebriti

“Jodoh Rahsia Tuhan, Kita Tak Mampu Pilih Dengan Siapa Jatuh Cinta…” - Fazley Yaakob

Fazley jodoh

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya bahawa soal jodoh dan cinta adalah rahsia Tuhan dan tidak boleh dirancang sepenuhnya oleh manusia.
  • Fazley menjelaskan bahawa perasaan jatuh cinta berlaku secara semula jadi dan sukar untuk dijelaskan atau dipilih oleh seseorang.
  • Beliau juga pernah dikaitkan dengan usahawan Datuk Seri Vida selepas mereka bersama dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai soal jodoh, cinta dan perkahwinan.

Menerusi hantaran di platform Threads, Fazley berkata manusia hanya mampu merancang, namun segala ketentuan termasuk pasangan hidup adalah ditentukan oleh Tuhan.

“Soal jodoh ni memang betul-betul rahsia Tuhan. Seringkali apabila kita merancang, Allah merancang lebih baik.

“Cinta tak semestinya bersatu kata orang, malahan nikah tu seperti nasib, belum tentu kita bahagia di dalam bernikah,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Fazley juga turut berpendapat perkara paling sukar untuk difahami ialah perasaan suka itu hadir secara semulajadi sehingga sukar dijelaskan dengan kata-kata.

“Tetapi yang paling sukar di fahami ialah, kita takkan mampu pilih dengan siapa kita jatuh cinta.

“Sebab tu bila kita tanya orang yang bercinta, kenapa korang jatuh cinta, diorang akan akan jawab “Entah lah, aku pun tak tahu… it just happens!” Betul kan?” luahnya.

Untuk info, Fazley sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama usahawan kontroveri, Datuk Seri Vida.

Fazley dan Vida mula 'dijodohkan' ketika kedua-duanya menyertai program realiti, Talk To My Manager musim kedua baru-baru ini bersama anak masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Must Watch Video

Advertisement