Skip to main content

Hiburan

Ubah ‘Sepatah’ Lirik Lagu No Na, Aisha Retno Malas Ambil Pusing - “Perkara Ini Sudah Dibincangkan Secara…”

Astrogempak AISHA (1)

Sekilas

  • Aisha Retno memilih untuk tidak mengulas panjang isu lirik lagu Rollerblade yang diubah dan menyerahkan kepada pasukan pengurusan serta penasihat undang-undang untuk menguruskan perkara tersebut.
  • Beliau menegaskan semua persembahan telah melalui proses semakan ketat sebelum disiarkan dan tiada kesilapan yang tidak diperbetulkan semasa latihan atau sound check.
  • Aisha menghormati semangat nasionalisme rakyat Indonesia dan melihat isu ini sebagai perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan, sambil mengekalkan ketenangan menghadapi kritikan netizen.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai isu mengubah lirik lagu Rollerblade nyanyian kumpulan No Na dari Indonesia. 

Jelas Aisha, perkara tersebut telah pun dibincangkan secara dalaman bersama pasukan pengurusan dan penasihat undang-undang, justeru dia memilih untuk kekal tenang.


“Tak ada komen sebab bagi saya, perkara ini sudah dibincangkan secara dalaman bersama pasukan legal dan semua pihak yang terlibat.

“Jadi, kita duduk diam dan santai sahaja. Biarkan orang berkata-kata sebab saya dah biasa. Isu batik dulu pun saya pernah lalui, jadi saya tahu mana yang benar dan mana yang salah.

“Kalau saya salah, saya dah lama buat video klarifikasi,” katanya.

Pelantun lagu Tak Adil itu juga berkata,sebagai sebuah siaran televisyen berskala nasional, segala persembahan yang dipentaskan sudah melalui pelbagai proses semakan sebelum disiarkan.

“Kalau saya buat silap yang tidak dipersetujui oleh pihak produksi atau pengarah kreatif, sudah tentu perkara itu sudah ditegur sejak sesi latihan atau sound check lagi.

“Setakat ini tiada sebarang isu dan saya percaya kepada pasukan dalaman, sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia. Jadi saya tak perlu risau. Biarlah netizen terus bercakap. 

“Yang penting saya tenang. Kalau mereka nak kecam pun tak mengapa. Kebenaran akan terserlah juga nanti,” ujarnya.

Mengulas mengenai reaksi netizen Malaysia dan Indonesia, Aisha mengakui dirinya bukan individu paling sesuai untuk mengulas perkara tersebut.

“Bagi saya, saya bukan orang yang tepat untuk menjawab perkara ini. Isu kecil antara Malaysia dan Indonesia sudah lama berlaku. Secara peribadi, saya melihat perkara ini sebagai satu 'non-issue'. Tetapi setiap orang ada pandangan masing-masing,” katanya.

Aisha yang mempunyai darah kacukan Indonesia turut mengakui menghormati semangat nasionalisme rakyat negara itu yang sentiasa berbangga dengan bahasa dan produk tempatan mereka.

“Saya hormat rakyat Indonesia kerana semangat nasionalisme mereka sangat kuat. Mereka bangga dengan bahasa mereka, mereka sokong produk tempatan dan itu sesuatu yang saya kagumi.

“Mungkin sebab itu apabila ada perkara yang sedikit menyentuh negara mereka, mereka akan memberi reaksi yang pantas. Saya melihatnya dari sudut positif.

“Malaysia pula lebih tenang dalam berdepan isu-isu seperti ini. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aisha menegaskan dia tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dibuktikan kerana semua prosedur telah dipatuhi sebelum persembahan berlangsung.

“Saya tak pernah rasa perlu membuktikan apa-apa kerana ini adalah siaran televisyen bertaraf nasional. Mereka sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebelum saya membuat persembahan.

“Bagi saya, biarlah orang terus bercakap. Saya percaya kebenaran akan terserlah juga akhirnya,” katanya.

Terdahulu, nama Aisha Retno mula menjadi perbalahan apabila menyampaikan lagu No Na berjudul Rollerblade di konsert Grand Finale Talk To My Manager 2 bersama Anggrek. 

Menerusi persembahan tersebut, Aisha telah menukar sedikit lirik lagu tersebut membuatkan netizen Indonesi tidak berpuas hati. 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement