Skip to main content

Hiburan

“Janganlah Hentam, Wajah Ini Hasil Gabungan Genetik Ibu & Ayah Saya” - Viviana

Viviana

Sekilas

  • Viviana Zairi, bekas peserta Talk To My Manager musim kedua, berkongsi rasa terkesan dengan komen dan mesej penghinaan terhadap rupa parasnya di media sosial.
  • Dia menegaskan bahawa kritikan terhadap bakatnya boleh diterima, tetapi penghinaan fizikal adalah tidak wajar kerana ia adalah anugerah dan warisan daripada ibu bapanya.
  • Viviana juga mendedahkan dia menerima ugutan dan kecaman dari individu yang sama sejak penyertaannya dalam TTMM2 dan Big Stage X Rocketfuel, namun dia tetap bersyukur atas sokongan positif yang diterima.

Bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) iaitu Viviana Zairi mengakui cukup terkesan dengan komen serta mesej berbaur penghinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap rupa parasnya di media sosial.

Menurut Viviana atau nama sebenarnya Wirda Viviana Zairi, dia terima dengan hati terbuka jika bakatnya menjadi bahan kritikan tetapi sangat terkilan jika fizikal dan rupa parasnya dihina kerana itu adalah anugerah Allah serta warisan daripada kedua ibu bapanya.

“Saya memang terkesan. Saya ni perempuan, kadang-kadang memang sensitif.

“Bakat saya kalau nak kritik, tak mengapa. Tapi jangan hina rupa saya. Wajah ini hasil gabungan genetik ibu dan ayah saya, insan yang saya paling sayang.

“Saya tak cantik pun tak mengapa, tapi janganlah menghentam fizikal saya,” katanya kepada Gempak.

Viviana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai konsert minggu pertama Big Stage X Rocketfuel bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Lebih terkilan apabila anak kepada penyanyi Ani Mayuni ini mendakwa ada individu yang tergamak menggelarnya sebagai pelacur hanya kerana membuat persembahan di atas pentas.

“Saya sedih membaca komen itu. Saya tak sangka sampai ke tahap tersebut, sampaikan memaki saya, menuduh saya ini pelacur dan sebagainya, itu sudah melampau.

“Tak wajar hanya kerana kita menari di atas pentas, kita digelarkan begitu. Perkara itu tidak patut berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Viviana mengakui tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai individu yang didakwa menghinanya.

“Saya tak jangka perkongsian itu akan menjadi tular. Mungkin kesilapan saya apabila kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi, membuatkan netizen berteka-teki siapa gerangan yang memaki saya di media sosial itu.

“Tak perlulah kita mencari orangnya, cukuplah sekadar saya seorang sahaja yang kenal siapa dia. Bahkan ibu dan ayah saya juga tidak kenal siapa dia.

“Dia sekadar orang tidak dikenali yang mungkin peminat tegar kepada seseorang artis,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Viviana mendakwa individu sama telah menggunakan beberapa akaun media sosial untuk mengugut dan menghina dirinya sejak penyertaannya dalam TTMM2, sebelum meneruskan kecaman apabila dia diumumkan sebagai peserta Big Stage X Rocketfuel.

“Pengguna akaun yang sama namun bertukar-tukar akaun media sosial, melayangkan ugutan beberapa kali. Rupanya dia tidak puas hati kerana saya tercalon dalam TTMM2. Rupanya dia tak suka saya tercalon dalam Big Stage.

“Menang atau tidak, semuanya rezeki daripada Allah. Saya selepas pertandingan itu hanya meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.


Viviana dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

“Saya memuat naik kenyataan ringkas di laman Threads bukan semata-mata untuk diri saya sendiri, malah buat setiap orang yang melalui perkara yang sama. Kenyataan itu hanyalah sekadar luahan yang ringkas dan padat.

“Apa pun Alhamdulillah saya menerima komen yang positif daripada ramai orang yang menyayangi saya,” ujarnya.

Terdahulu, Viviana menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran meminta orang ramai untuk berhenti daripada mengeluarkan kata hinaan terhadap rupa dan fizikalnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement