Sekilas
- Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan akhir rayuan pihak pendakwaan terhadap Syed Saddiq ke 13 Julai kerana salah seorang hakim bercuti sakit.
- Syed Saddiq menghormati keputusan mahkamah dan menegaskan beliau fokus untuk mendapatkan keadilan melalui proses perbicaraan yang adil.
- Beliau telah berdepan kes ini selama enam tahun dan akan terus berbincang dengan peguam serta keluarga sepanjang tempoh penangguhan menunggu keputusan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan akhir pihak pendakwaan terhadapnya pada 13 Julai depan.
Sukar untuk memberi sebarang komen, Saddiq menganggap isu kesihatan salah seorang panel hakim diluar jangkaan.
"Saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim dan saya hormat Institusi Kehakiman Negara benteng terakhir bagi individu seperti saya mendapat keadilan bukan melalui jalan pintas tapi melalui perbicaraan fakta dan data dibawah Institusi Kehakiman itu.
“Saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim dan saya hormat institusi kehakiman negara yang merupakan benteng terakhir bagi individu seperti saya yang ingin mendapatkan keadilan bukan melalui jalan pintas ataupun layanan istimewa, tetapi melalui perbicaraan yang berasaskan fakta dan data di bawah institusi kehakiman itu sendiri.
“Saya faham perkara ini memang tidak dijangkakan sebab itu agak sukar untuk saya berikan apa-apa komen atau ulasan.
“Ini bukan sesuatu yang kami rancang dan bukan juga dalam jangkaan kami,” katanya kepada media di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya selepas selesai prosiding pada Selasa.
Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkata pada awalnya beliau telah bersiap sedia menghadapi apa jua keputusan hari ini selepas enam tahun berdepan kes itu.
"Bagi saya secara peribadi kes ini bukan kes baru, sudah enam tahun saya berentap untuk dapatkan keadilan nama, intergriti dan maruah saya. Kalau perlu tunggu lagi dua minggu, saya akur dan patuh," katanya lagi.
Syed Saddiq mengakui perkembangan berkenaan berada di luar jangkaan pasukan pembelaannya dan pelbagai kemungkinan sudah dibincangkan bersama peguam sebelum prosiding berlangsung, namun penangguhan ini (masalah kesihatan) tidak ada di dalam perbincangan dan perancangan kami.
“Itu bukan antara senario yang dijangkakan. Apabila berkaitan dengan isu kesihatan yang kadang-kala di luar kawalan, saya secara peribadi memang perlu hormat khususnya membabitkan institusi kehakiman yang saya junjung tinggi,” katanya.
Ditanya sama ada beliau berasa kecewa dengan penangguhan itu, Syed Saddiq hanya menjawab ringkas beliau menghormati keputusan mahkamah.
Tumpuan utamanya ketika ini adalah mendapatkan keadilan di mahkamah dan bukannya perkara lain, selain akan terus berbincang dengan pasukan peguam serta ahli keluarganya sepanjang tempoh menunggu keputusan.
“Saya berharap akan ada penyelesaian muktamad hari ini, terutamanya selepas enam tahun yang memenatkan, malah pada tahap tertentu, tahun-tahun yang mengerikan dalam mengejar keadilan itu sendiri.
“Jadi saya perlu menunggu dua minggu lagi dan saya akan fokus bersama peguam saya dan terutamanya dengan keluarga saya untuk mendapatkan keadilan yang kami cari di mahkamah terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq tiba kira-kira pukul 8.50 pagi bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadapnya yang disampaikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan; Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanpaun, Datuk Seri Abu Bakar memaklumkan mahkamah menangguhkan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap Syed Saddiq berikutan seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.
Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu.