Skip to main content

Selebriti

Kes Syed Saddiq Ditangguh, Bella Astillah Titip Kata Semangat Buat Tunang - “Semoga Tabah, InsyaAllah Saya Akan Sentiasa…”

Bella Saddiq

Sekilas

  • Bella Astillah menyatakan sokongan padu kepada tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, dan berharap dia tabah menghadapi situasi semasa.
  • Rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq ditangguhkan ke 13 Julai depan.
  • Keputusan rayuan ini akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau berdepan hukuman penjara atas empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberitahu dia akan sentiasa berada di belakang tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, iaitu Syed Saddiq.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah turut menitipkan kata semangat buat Syed Saddiq.

“Semoga tabah… InsyaAllah, saya akan sentiasa berada di belakangnya,” kata Bella kepada Gempak ketika di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Bella menghormati mahkamah menangguhkan rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq ditangguh kepada 13 Julai depan.

Penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah turut berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat tunangnya.

“Kita menghormati mahkamah… ada perkara yang kita tak boleh nak jangkakan. Kita doa yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ditangguh kepada 13 Julai depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais di awal prosiding pada pukul 9.30 pagi tadi, iaitu satu-satunya hakim yang menghadiri prosiding ini.

Abu Bakar berkata, beliau dan Datuk Collin Lawrence Sequerah ada di mahkamah, tetapi Che Mohd Ruzima tidak hadir kerana mereka diberitahu beliau tidak sihat dan bercuti sakit selama dua hari bermula hari ini.

Keputusan hari ini sepatutnya akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang akan menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Must Watch Video

Advertisement