Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri Dipuji Tak Geli Buat Demonstrasi Cuci Kaki Orang - “Dia Boleh Saja Arahkan Staf Tapi…”

Aliff Syukri

Sekilas

  • Aliff Syukri mendapat pujian netizen selepas melakukan demonstrasi produk kosmetik secara langsung tanpa bantuan staf, termasuk mencuci kaki pelanggan berparut.
  • Tindakan ikhlas dan kesungguhan Aliff dalam mempromosikan produknya dianggap sebagai kelebihan dan bukti kejujuran dalam berniaga.
  • Perkongsian ini turut memuji TV3 kerana berjaya menampilkan sisi lain Aliff yang jarang dilihat, sambil netizen mendoakan rezeki usahawan itu terus bertambah.

Usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sikapnya yang ‘turun padang’ melakukan sendiri demonstrasi produk mendapat pujian netizen.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, Aliff dilihat tidak kekok melakukan demo mencuci kaki menggunakan produk jualannya. Apa yang lebih menyentuh hati, dia sanggup melakukannya sendiri tanpa memakai sarung tangan, termasuk membasuh kaki individu yang berparut sebelum mengelap dan menyapukan gel berubat.

Tindakan tersebut nyata mengundang rasa hormat ramai apabila ada yang menyifatkan Aliff sebenarnya tidak perlu melakukan semua itu sendiri memandangkan statusnya sebagai seorang jutawan. Malah, dia boleh sahaja mengarahkan staf untuk membuat demonstrasi berkenaan.

Namun begitu, keikhlasan dan kesungguhan Aliff dalam mempromosikan produknya dilihat sebagai satu kelebihan tersendiri, sekali gus membuktikan kejujurannya dalam berniaga.

“Dia boleh saja arahkan petugas buatkan demo, tapi dia pilih untuk buat sendiri. Itu yang nampak ikhlas,” kata seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh mengenai suara nyanyiannya yang dikatakan “ke laut”, namun mengakui hatinya tetap baik di sebalik personalitinya yang sering mencuit perhatian.

Perkongsian tersebut turut mendapat pujian terhadap stesen televisyen TV3 yang berjaya menghasilkan kandungan menyentuh emosi, sekali gus memberi gambaran sisi lain Aliff yang jarang dilihat.

Rata-rata netizen mendoakan agar rezeki usahawan itu terus bertambah dan berharap lebih banyak kandungan positif seperti ini dapat ditampilkan pada masa akan datang.

Sumber: Facebook 

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement