Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Gabungan Gen Z & Millennials, Azeva Teman Nabil Ahmad Jadi Pengacara

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Azeva Natassha diumumkan sebagai pengacara kedua bersama Nabil Ahmad untuk program realiti Big Stage X Rocketfuel musim ini.
  • Sepuluh peserta akan bersaing di bawah penilaian juri Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad sepanjang lapan minggu pertandingan.
  • Tiga pemenang utama akan menerima kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000 termasuk penghasilan single, latihan vokal dan bimbingan kerjaya.

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal bergandingan bersama pengacara, Nabil Ahmad akhirnya terjawab apabila finalis Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) iaitu Azeva Natassha diumumkan sebagai pengacara kedua bagi program realiti, Big Stage X Rocketfuel.

Azeva yang diumumkan selepas segmen pertama program itu tadi sempat mendendangkan lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan yang merupakan nyanyian asal penyanyi Mas Idayu.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi dalam kalangan penonton yang sebelum ini tertanya-tanya siapakah pengacara yang bakal bergandingan bersama Nabil selama lapan minggu bagi mengemudi program berprestij tersebut.

Untuk musim kali ini, seramai 10 peserta serta seorang peserta dari program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Para peserta juga akan diadili tiga juri hebat iaitu Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement