Skip to main content

Selebriti

Tular Jalani ‘Pre-Convo’ Di Mekah, Pelajar Jurusan Kejuruteraan Ini Dedah Ujian Besar Ketika Umrah - “Hari-Hari Saya Menangis..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Fatini Makhtar, pelajar kejuruteraan, tular di Threads selepas berkongsi gambar pre-konvokesyen di Mekah yang mendapat sambutan hangat.
  • Dia berkongsi pengalaman mencemaskan apabila ayahnya jatuh sakit dalam pesawat dan terpaksa mendapatkan rawatan di Muscat sebelum dapat menyambung perjalanan ke Mekah.
  • Fatini memakai jubah sebagai simbol kejayaan dan tanda syukur atas kesembuhan ayah serta nikmat yang diterima keluarganya sepanjang menunaikan umrah.

Tular jalani pre-konvokesyen di Mekah, pelajar jurusan kejuruteraan, Fatini Makhtar akui terkejut meraih sambutan yang amat memberangsangkan di aplikasi Threads.

Menurut Fatini, dia memilih untuk berkongsi gambar tersebut selepas keadaan kesihatan ayahnya semakin pulih selain mengenang kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka menunaikan umrah.

“Saya sebenarnya terkejut dan tidak jangka dapat banyak sambutan di Threads. Saya ambil keputusan untuk post gambar tersebut kerana ayah saya semakin sihat dan boleh berjalan semula setelah lapan bulan menjalani fisioterapi dan mendapatkan rawatan di hospital,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai kenangan itu, Fatini berkongsi detik mencemaskan yang berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Tanah Suci apabila ayahnya tiba-tiba jatuh sakit sewaktu berada dalam pesawat.

“Pada awalnya, saya menunaikan umrah bersama keluarga. Namun, ketika dalam pesawat, ayah tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa diturunkan di Muscat untuk mendapatkan rawatan, manakala ibu perlu menemaninya dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mekah.

“Saya dan adik-beradik pula terpaksa meneruskan perjalanan ke Mekah hanya berbekalkan satu beg pakaian ihram.

“Sepanjang berada di sana, hari-hari saya dipenuhi tangisan di hadapan Kaabah sambil berdoa agar ayah kembali sihat.

“Alhamdulillah, keadaan ayah semakin pulih dan pada hari keempat, doktor membenarkan ibu bapa saya terbang semula ke Mekah. Ketika itu, hanya tinggal satu hari sahaja sebelum kami meneruskan perjalanan ke Madinah,” ujarnya.

Katanya lagi, dia memilih untuk memakai jubah kerana mahu mengabadikan momen istimewa itu sebagai simbol kejayaan yang hadir seiring dengan ujian besar yang pernah dilalui keluarganya.

“Pada malam selepas ibu bapa selesai menunaikan umrah, saya mengambil keputusan untuk menyarungkan jubah tersebut. Bukan sekadar simbol saya menamatkan pengajian, tetapi sebagai tanda syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya serta keluarga dalam ujian itu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement